Wednesday, June 16, 2010 0 comments

PeRsOaLaN aNtArA duA iNsAn



Bila ditanya dengan soalan "Sayang kenapa cintakan saya?". Sukar untuk menyatakan jawapan dalam ayat yang mudah. Tiada perkataan yang dapat diungkap untuk menjelaskan kenapa rasa cinta ini wujud.

Yang boleh dijawab, tidak tahu hendak memberi jawapan kenapa menyintai dan terus menyintai.

Jika pada masa mula jatuh cinta, jawapan mungkin mudah. Jatuh cinta pada rupa, pada tingkah laku, pada jenaka, pada budi bahasa, pada apa jua yang menarik yang sebabkan tertarik. Hati sentiasa ingat, makan tidak lalu, tidur tidak lena dan mandi tidak basah. Semua itu dirasa bila mula bercinta.

Namun seperti mana perkara-perkara yang wujud dalam kehidupan, cintakan akan menjadi dewasa, selaras dengan masa dan selaras dengan matangnya hubungan.

Semakin lama percintaan, semakin bertambah perkara-perkara dalam kehidupan dikongsikan bersama. Mula pada awalnya mungkin perkara-perkara mudah. Berkongsi bayar makan dan minum, berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Lama kelamaan hampir semua perkara dikongsikan bersama selaras dengan dewasanya cinta.

Kehidupan mu adalah kehidupan ku, kehidupan ku adalah kehidupan mu, ia menjadi kehidupan kita.

Cinta kini menjadi kehidupan. Pengkongsian kehidupan dua insan lelaki dan wanita, adalah percintaan. Usaha untuk memberi dan menerima, usaha untuk mengalah atau mengambil jalan tengah, usaha berunding, merajuk dan luahan perasaan. Semua itu adalah percintaan.

Kenyataannya. Tiada yang sama antara dua insan, lelaki dan wanita. Dari semua segi adalah berbeza, tubuh badan, perasaan, permikiran, sikap, semuanya berbeza.

Yang sama hanyalah cinta... Cinta yang menjadi pengikat... Dua insan lelaki dan wanita yang saling berbeza. Pengikat itu adalah pemahaman bahawa dua insan bercinta lelaki dan wanita, adalah dua insan yang berlainan dan berbeza. Kekuatan ikatan adalah sikap saling hormat menghormati atas pemahaman itu
.
Tuesday, June 15, 2010 0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم......

dengan menyebut namaMu tuntuan hatiku pada jalanMu dengan menyebut namaMu rahmati hamba ini dengan ridhoMu dengan menyebut namaMu teduhi aku dengan kecintaan dariMu

CINTA

Engkau durhaka kepada Allah,
dan sekaligus menaruh cinta kepada-Nya.
Ini adalah suatu kemustahilan.
Apabila benar engkau mencintai-Nya,
pastilah engkau taati semua perintah-Nya.
Sesungguhnya orang menaruh cinta,
Tentulah bersedia mentaati perintah orang yang dicintainya.
Dia telah kirimkan nikmat-Nya kepadamu,
setiap saat dan tak ada rasa syukur,
yang engkau panjatkan kepada-Nya.

Saturday, June 12, 2010 0 comments

Definisi Pertunangan daripada Kaca Mata Islam

Ikatan sementara sebelum berlangsungnya sebuah akad nikah ini, sering kali disalah anggap oleh khalayak orang ramai khususnya muda-mudi. Seolah-olah simpulan ini menjadi ‘lesen besar’ untuk melakukan maksiat, dengan alasan ‘kami sudah bertunang’. Justeru, sangat perlu kepada semua pasangan yang ingin atau sudah bertunang mengetahui hak dan batas-batas sempadan syariat sebelum sebuah ikatan yang hak, benar-benar terpatri. Islam telah mensyariatkan pertunangan sebagai langkah dan wasilah sebelum melangsungkan perkahwinan. Pertunangan banyak memberi faedah dan membantu dalam menjamin keutuhan rumahtangga yang bakal dibina. Namun roh sebenar sebuah ikatan ini merupakan subjektif yang memerlukan kefahaman yang jitu, dan harus dijaga agar kesuciannya tidak dinodai.


Pertunangan ialah satu langkah bagi seorang lelaki menyampaikan keinginannya untuk mengahwini seseorang perempuan yang disukainya samada langsung kepada perempuan tersebut atau kepada walinya. Ianya boleh dilakukan secara langsung oleh lelaki yang hendak berkahwin atau melalui wakilnya. Sekiranya hasrat hati lelaki itu diterima oleh perempuan berkenaan maka mereka menjadi pasangan tunang. Bermula dengan penerimaan wanita yang berkenaan sehinggalah masa Ijab dan Qabul, inilah yang dinamakan sebagai tempoh pertunangan. Sebelum lelaki meminang seseorang perempuan, penting untuk dia merisik dan menyelidik latar belakang perempuan yang ingin dipinangnya terlebih dahulu serta yakin dengan pilihannya setelah melakukan Istikharah dan sebagainya. Yakin dengan pilihan pasangan ini sangat penting untuk mengelakkan pinangan yang dibuat ditarik balik. Ini kerana tindakan seperti ini akan menyakiti hati wanita, melukai perasaannya dan menjatuhkan kehormatannya. Tindakan seperti ini tidak dibenarkan oleh agama dan bertentangan dengan nilai murni dalam masyarakat Islam.


Nabi bersabda;
"Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi" ,(Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad) .


1 comments

suatu cerita...

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

 
;