Friday, June 3, 2011 2 comments

WaNiTa. . . . .


عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن المرأة كالضلع إذا ذهبت تقيمها كسرتها وإن تركتها استمتعت بها وفيها عوج

maksudnya: daripada Abu Hurairah, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: sesungguhnya wanita itu umpama tulang rusuk, jika engkau berusaha membetulkannya (dengan kasar) engkau menyebabkan ia patah, jika engkau membiarkan ia sedemikian, ia akan terus bengkok.

berdasarkan hadis tersebut, kita sedia maklum bahawa, wanita memerlukan bimbingan dalam menjalani kehidupan mereka. ia juga menjelaskan sifat wanita itu dijadikan dalam keadaan banyak kerenah dan gelagatnya. justeru itu, secara umumnya, tindakan wanita banyak dipengaruhi oleh nafsu, berbanding akal. Hal ini kerana, fitrah wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk lelaki, yang membengkok.

lihat kepada petikan lirik lagu:-

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

  1. bukan dari kaki untuk dialasi - ia menunjukkan bahawa wanita bukanlah untuk ditindas dalam kehidupan.
  2. bukan dari kepala untuk dijunjung- ia menunjukkan bahawa, wanita bukanlah untuk dimegah-megah (kecantikan).
  3. tapi dekat dibahu untuk dilindung - ia menunjukkan bahawa, wanita perlu diberi bimbingan dalam kehidupan mereka supaya mereka tidak sesat dalam menjalani arus kehidupan.

SIAPA yang DIPERTANGGUNGJAWABKAN keatas mereka????
inilah antara insan2 yang dipertanggungjawabkan keatas wanita:-
  • bapa
  • suami
  • abang
  • adik lelaki
oleh itu, wanita perlu dibimbing supaya menjadi wanita yg solehah, hal ini kerana sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Sabda Rasulullah s.a.w :-
الدنيا متاع وخير متاع الدنيا المرأة الصالحة

Wednesday, June 1, 2011 0 comments

hasrat hati ayah pada abang


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


1 comments

surat cinta untuk awak


assalamualaikum abg!
abg buat apa??? sihat tak..ke makin comel???ke makin kurus...???
kita tak ada idea nk tulis apa,...cuma nk ubah angin...jadi cm orang dulu2 tulis surat..pastu pos kat posmen..tpi sekarang lain pulak,,,blog jadi posmen...lebih efisyen ..senang..boleh ` delete` kalau ada kejadian yang xdiingini,,,.. +_o ... haa..
nak dijadikan cerita..kita ada dgr report dari kawan-kawan abg(termasuk kawan kita) ...abg selalu nyanyi lagu ainul mardhiah eh??amboi...siapa gerangan yang bertuah tu....tak share pun...x pe2..
jap2..nk kongsi,,,,lirik ni,,,hehe

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiriUntuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasihDi hati lelaki bernama kasih


sambung balik....aik,,nama seakan akan cm nama kita lah.....ke abg dah ` fall in love` dgn kita ni??kalau jawapannye,..ye....(alhamdulillah ^^..segan kita)

cepat2 kumpul duit taw!....hmm..ckp pasal duit kan..
sekarang ni susah la...duit hantaran tiggi..x cm dulu2 ...
suma tu adat jer.....tpi tu la...isk3..mcm2..kita usaha sama2 k!,,insyaALLAH boleh nye!

em..nk tlis apa lagi ye...haa...lupa lah...abah dengan umi sihat tak??
seronok pulak panggil `abah + ummi`...selalu ` ayah + mak`... ^^
x pe...t merasa jugak kita kan....betul x??? ish,,,malu jer,,,,orang ckp pe eh...hidung x mancung pipi tersorong sorong...betul ke?? ke salah...alamak dah lama tinggal bm ni,,,
tpi kan,,,betul jugak,.,,kita memang tak mancung pun...kemek jer..hehe ..peace!
(harap abg terima kita seadanya taw!)masing2 ada kekurangan...jadi kita kena la..sntiasa saling terima kekurangn masing2,,,,n lengkap kan apa yang kurang....betul x???baru nmenye....2 jadi 1...abg fahm tak apa yang kita tulis ni??? ...kita ni selalu je bagi ayat tersirat..(dah terlebih belajar mantik)...=)
emm....lagi ...

haa..jom baca sama2 kenyataan ni.....

Wanita yang juga bakal isteri....
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN…
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya…
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa…
Dia TERHARU dan MENANGIS
bila melihat KESENGSARAAN pada org2 yg dikasihinya…
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya…
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN…
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi....
dia sering dilupakan oleh sang lelaki bergelar suami kerana 1 perkara.
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”.

Jangan sia-sia kan dia.
Hiburkan hatinya.
Bahagiakan dia.

...........................................................................................................

untuk abang....

Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang raja di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg tampan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta indahnya peribadi insa
n
...........................................................................................................

abg,,,sekiranya ada jodoh antara kita....kita akan jadi yang terbaik di sisi abg..!

-i-




 
;