Saturday, April 30, 2011 0 comments

Everytime I hear my message tone, I always hope that one of them comes from you. My phone has limited memory but my heart has unlimited space for
you.....<3
0 comments

Diet: Apa Jenis Darah Anda?


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin menga
daptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.
Sunday, April 24, 2011 0 comments

cOlOuRs + HeALtH



Tanpa kita sedari disekeliling kita terlalu banyak perkara yang kita buat dan amalkan TETAPI hanya menjadi ikutan tanpa kita ketahui punca kenapa & mengapa perkara itu kita lakukan.

Merujuk kepada kepentingan WARNA untuk KESIHATAN DIRI cuba kita fikir dan perhati perkara berikut :

Makan Kismis bagus untuk minda/otak. Kismis diperbuat dari buah anggur. Buah anggur warna PURPLE/ungu. (Bahagian Kepala mewakli WARNA PURPLE).
Minum air kosong/Mineral baik untuk suara & tekak. Air berwarna Biru. Sakit beguk dibahagian leher cara untuk merawat dengan hanya menyapu nila yang berwarna biru tanpa perlu mengambil sabarang ubat lain. (Bahagian Leher/Tekak WARNA BIRU)
Orang yang mengalami sakit dibahagian dada (jantung, batuk) digalak untuk banyak mengambil warna hijau. Spirulina & Kiwi bagus untuk jantung, kedua-duanya berwarna hijau. (Dada & Jantung memerlukan warna HIJAU).


Kebanyakan kita akan mengambil buah pisang supaya mudah lawas apabila membuang air besar. Losyen untuk sapu lemak diperut menggunakan halia. (Bahagian ini memerlukan warna KUNING).

0 comments

cOlOuRs ...


Warna Pakaian Kesukaan Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam



Di antara
warna-warna pakaian yang menjadi kegemaran Nabi Shallallahu
Alaihi wa Sallam
ialah
  • putih
  • hijau.

Terdapat juga keterangan bahawa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah memakai pakaian
berwarna
  • hitam
  • merah hati
  • kelabu
  • warna bercampur-campur.

PUTIH

Mengenai warna putih, Ibnu Abbas r.a. diriwayatkan oleh Ibnu Majah
dan Al-Hakim sebagai berkata bahawa Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi
wa Sallam pernah bersabda, maksudnya: "Pakailah pakaian berwarna
putih kepada orang yang masih hidup dan kafanilah dengan kain
berwarna putih kepada orang-orang yang telah mati".

An Nasa'I dan Al Hakim meriwayatkan hadis daripada Samurah r.a. yang
berkata, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,
maksudnya: "Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci
(bersih) dan baik. Gunakanlah ia untuk pembungkus jenazah orang
mati".

Imam Bukhari meriwayatkan hadis daripada Abu Zar Al Ghafari r.a.
katanya, "Pernah aku datang kepada Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam
ketika ia sedang tidur dan ia memakai pakaian berwarna putih".

Hadis lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah juga bahawa Nabi
Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda maksudnya, "Sebaik-baik pakaian
untuk mengunjungi (Tuhan) ke masjid atau menziarahi kubur ialah
berwarna putih".

Ibnu Asakir meriwayatkan hadis daripada Aisyah r.a. kata
Aisyah, "Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai kopiah putih
dan ia tidak pernah tinggal."


  1. HIJAU


Mengenai warna hijau pula, Abu Daud dan At Tirmidzi meriwayatkan
hadis daripada Abu Rimsah (Rifa'ah): "Aku telah melihat Rasulullah
Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai dua baju berwarna hijau".


Imam Bukhari, Abu Daud dan At Tirmidzi meriwayatkan hads dari Al
Baraa bin Azib katanya, "Aku pernah melihat Rasulullah Shallallahu
Alaihi wa Sallam memakai dua helai kain berwarna hijau buatan Yaman".

Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar memetik kenyataan salah seorang
sahabat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam berkata, "Pada hari raya
kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana ia lebih utama dan
dihukumkan sunat. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada lain-
lain warna sesudah putih."



HITAM

Mengenai warna hitam, terdapat keterangan daripada Hadis yang
diriwayatkan oleh Imam At Tirmidzi dari sahabat Jarir bin Abdulllah
r.a. katanya, "Telah masuk Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam ke
negeri Makkah pada hari kemenangan menawan Makkah (Futuh Al Makkiah)
dan aku melihat di atas kepalanya serban berwarna hitam." (Bahrul
mazi juz 12)

Muslim, Abu Daud dan An Nas'I meriwayatkan hadis daripada Amir bin
Hurais ra.a. yang berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah Shallallahu
Alaihi wa Sallam berada (berkhutbah) di atas mimbar dan di atas
kepalanya terdapat serban hitam yang dihulurkan (ekornya) di antara
dua bahunya:.

Ibnu Ady meriwayatkan daripada Jabir r.a. yang berkata: "Aku pernah
melihat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam berserban hitam yang
dipakainya pada hari raya".



MERAH HATI

Imam Ahmad, Abu Daud, At Tirmidzi dan An Nasa'I meriwayatkan dari Abu
Rimsah r.a. yang berkata: "Pernah aku melihat Rasulullah Shallallahu
Alaihi wa Sallam berkhutbah dari atas baghalnya di Mina, sedangkan
beliau berpakaian merah (merah hati) buatan Yaman".



Kata Syeikh Al Marbawi dalam Bahrul Mazi berkata: "Diharuskan
seseorang lelaki itu memakai pakaian berwarna merah pekat sama ada
baju, kain, seluar atau songkok (kopiah) kerana terdapat keterangan
bahwa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah memakainya. Warna
tersebut ialah warna tidak bercorak (plain colour) bukan bercoreng-
coreng atau berbunga-bunga. Adapun warna bercorak-corak atau
bercelorong-celoreng dan berbunga-bungaan adalah dilarang (makruh)".


Abu Daud meriwayatkan hadis dari Hilal bin Amir r.a. katanya: "Nabi
Shallallahu Alaihi wa Sallam itu bertubuh sedang dan saya pernah
melihat baginda berpakaian hullah merah". (Hullah ialah yang kain
bercorak).


Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a., katanya: "Pernah
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berpakaian yang bercorak
merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat".



Dari Mahmud bin Ghailan dari Abdul Razaq dari Sufian As Sauri dari
`Aun Ibnu Abi Juhairah dari bapanya, cerita bapanya: "Aku melihat
Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai pakaian berwarna merah
(merah hati), warnanya memancar bagaikan cahaya dari celah kedua
betisnya (kerana indah dan berseri)"
(Hadis riwayat Bukhari dalam
sohehnya).


Dari Ali bin Khasyram dari Isa bin Yunus dari Isril dari Abi Isyaq
dari Al Bara bin Azib r.a. menceritakan, "Tiada seorang pun yang
pernah aku melihat memakai pakaian berwarna merah yang lebih indah
dan serasi warnanya daripada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.

(Hadis riwayat At Tirmidzi dalam bab Al Libas dan Al Adabl; Soheh
Bukhari bab Al Libas; Soheh Muslim; Sunan Abu Daud; Sunan An Nasai
dan Sunan Abu Majah)


KELABU

At Tirmidzi meriwayatkan hadis daripada Ibnu Abbas r.a. yang
berkata: "Pernah (tidak selalu) Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam
berkhutbah di hadapan ramai sedang baginda memakai serban kelabu".

Al Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. "Pernah Nabi Shallallahu
Alaihi wa Sallam keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang
berwarna kelabu".



BERCAMPUR-CAMPUR

Imam Bukhari meriwayatkan hadis daripada Anas r.a.: "Nabi Shallallahu
Alaihi wa Sallam menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-
corak warnanya".


Dari Muhammad Basyar dari Abdul Rahman bin Mahdi dari Ubaidulllah bin
Iyad dari bapanya yang bersumberkan dari Abi Ramsah r.a., "Aku
melihat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai dua helai kain
berwarna hijau bergaris-garis:
(Rujuk Sunan Abu Daud; Sunan At
Tirmidzi; Sunan An Nasaie).



WARNA YANG DILARANG


Selain warna-warna pakaian yang sunat atau harus dipakai, terdapat
warna yang makruh, ini berdasarkan keterangan hadis seperti dikemukan
di bawah ini.

MERAH MENYALA

Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Abdulllah bin Umar r.a.
katanya: "Suatu ketika apabila Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam
melihat di atas badanku ada dua baju berbunga-bunga (bunga ghafar
merah) lalu bersabda maksudnya, "Ini warna pakaian orang bukan Islam,
jangan kamu memakainya."



  • Warna merah bunga ghafar ialah warna merah menyala (terang).

KUNING

Diriwayatkan daripada Sayidina Ali katanya "Nabi Shallallahu Alaihi
wa Sallam telah melarang aku memakai sutera yang diimport dari Syam
(Syria) dan Mesir yang bernama al qassi dan melarang aku memakai kain
yang bercelup warna kuning" (Riwayat At Tirmidzi).

Imam An Nawawi dalam Syarah Muslim, berkata: "Bersalah-salahan
pendapat (khilaf) para ulama tentang masaalah warna celupan kuning.
Jumhur ulamaa daripada Sahabat dan Tabi'in dan yang kemudian daripada
mereka, termasuk imam-imam mazhab (Syafi'ie, Hambali dan Maliki)
berpendapat harus memakainya. Akan tetapi, kata mereka, selain
daripada kuning adalah lebih afdhal dipakai (celupan kuning tidak
digalakkan)".


Menurut salah satu jemaah ulama bahawa makruh berpakaian celupan
kuning. Makruh itu adalah sebagai makruh tanziah (bertujuan membersih
diri dari kekejian).




0 comments

Pernikahan,

Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….

Pernikahan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..

Friday, April 22, 2011 0 comments

kekasih hati ku ...
Ingin kulantunkan doa untuk dirimu malam ini..
Hanya ada satu doa yg kan ku urai untuk dirimu

Ya Rabbi ..lindungilah kekasih hati ku malam ini
seperti dirimu melindungi alam sejagat raya ini

Ya Rabbi,,sentuhlah kekasih hati ku malam ini ..
seperti aku menyentuh 33 butiran tasbih ini

Ya Rabbi..rangkulah kekasih hati ku malam ini ..
seperti aku merangkul alquran di dada ku ini

Ya Rabbi..bisikan selalu keindahan pd kekasih hatiku malam ini ..
seperti aku mengalunkan ayat-ayat suci milik Mu ini

Ya Rabbi..beningkanlah jalan fikiran kekasih hati ku malam ini ..
seperti aku menyucikan diri dengan air suci dari Mu ini

Ya Rabbi..genggamlah jiwa raga kekasih hati ku malam ini .
seperti aku menggengam keyakinan hidup pada diriMu

ameen~

0 comments

staGe


tanggal 21 April 2011..
..jadi plajar prempuan 1 yang naik stage ckp bahasa arab..fuh...
alhamdulillah x lah tergagap sgt..walaupun gagap..(aikk..mcm mane tuh?)
maklum lah,,,yang ade depan mata kumbang2 ...ade dalam 700 lebih pelajar..sume kumbang...bunga cume ade 23 orang jer....mana x menggil badan ni naik stage...nasib baik sume adeq2...ALLAH jer tahu hati ni mcm mna....
dikurniakan nama BERMULA huruf `A` ni...mcm ni la nsib nye....
main ckp jer...ape yang dihafal tuh sume ilang,,,hehe..padahal teks senang...mcm ni bunyi jer,..

aqifu amamakum li ulqia kalimatussabah tahta maudhu`...inhalul khulqi..
inna zhahirah inhalul khulqi asbabuhah kathiratun wa a`didatun minha...qillatul i`lmi wa qillatutarbiayatul islamiyah wa qillatul ihtimamul walidaini wa fashlil mujtami` wal hukumah fi daurihim waghairiha..wa kullu asbab in lam nua`lijha satuaddi ila ddhururi fi ddaaulah wal mujtama`....wa kalimatul jadid fi hazihi ssobah...huwa ..
* fashala bi ma`na kegagalan
*al ihtimam ni ma`na perhatian
*nu`alij bi ma`na kami megubati..

simple bukan??
3 minit pun x smpai...
tpi disebabkan gemuruh,,,,hehe...jadi tersekat sebanyak 2 kali...
ok lah tuh...x tgk teks pun...hehe...kawan ckp...`aina selambanya ko.`...padahal,,,sebaliknye...
ustz HASBULLAH masuk2 jer kelas...`aina..mengigil atas pentas tadi..`...`tahniah eh aina`..

aish...perli ke...hehe...
no komen~~~

balik rumahpun ayah n mak tnye ok ke x...pnye la ramai bagi perhatian...kak angah ape lagii...tnye2,,,(maklumlah...k,ngah jadi ustzah untuk betulkan lehjah aku ni ><, )

ape pun...aku dah Lega~~~~~~alhamdulillah...(alamak..khutbah n debate nye teks x hafal ag)adush!...
Sunday, April 17, 2011 0 comments

OST Dalam Mihrab Cinta, Karena Hati Bicara & Bunga-Bunga Cinta with lyrics



Thursday, April 14, 2011 0 comments

oHH mUet..shaRpEn tHe LiStEnIng SkiLLs

Listen to television news broadcasts

News broadcasts are very informative and up-to-date. Try to watch and listen to news broadcasts daily at regular time, this way you will be addicted to news broadcasts.

Listen to conversation in the movies

When watching movies, sitcoms or dramas, instead of reading the subtitles, you should listen to the conversation between the actors. If English is not your mother tongue, you may find it quite hard to start. Try to train yourself not to read the subtitles but listen carefully to what the actors are talking about in the movies.

Listen to radio talk shows

This is another effective way to boost your listening skill. Tune in to your favourite radio station and enjoy the talk shows.

Listen to podcasts available on the Internet

Similar to blog (weblog), podcast is something very new in the Web 2.0, even dictionaries haven’t coin these words. Download some podcasts on your preferred topics and enjoy them while upgrading your listening skill.
0 comments

oHH mUet..

... several strategies that will help you prepare a goodMUET essay. Before that, let me remind you that the MUET writing test consists of two parts.

Part 1 – a piece of writing, not less than 150 words, where you have to present your interpretation of certain information.

Part 2 – an essay on a given topic, not less than 300 words.

Now, check winning strategies for writing perfect MUET essays.

Strategy 1: improve your grammar

A good MUET essay is a grammatically correct essay. If you do not feel confident enough about your grammar skills, take time to study and repeat necessary rules.

Strategy 2: improve your vocabulary

Poor vocabulary is one of the signs that your knowledge of a foreign language is not perfect. You certainly do not want to show this in your MUET essay. Using thesaurus is a good way out for those who can only operate with general words.

Strategy 3: read in English

Read English newspapers and magazines to “feel” the language, writing styles, to enrich your vocabulary.
Friday, April 8, 2011 0 comments

hATe.......





jumpe lagi!
aih..lagi 2 hari nk xm ni,,bleh pulak leka jer....
isk3...


opss..
ASSALAMUALAIKUM..=) ( mcm mana boleh lupa pulak ni)

topik kali ni...berkisar tentang...perasaan benci+x suka yang meluap2...isk2..cmne boleh jadi mcm ni...hmmm...saat ku lihat sen
yum `COMELnya` ...(cewah)...aku rase amat marah.....geram...benci,,mcm2!!!..(ape nk jadi
ni,,,,)
seriously..
Mmg tak main-main....aku rase spnjg aku bernafas kat dunia ni....ni kali pertama aku rase mcm ni.....(MAAFKANLAH `BELIAU`)...pecah rekod...kerana..
-saya terdiri daripada orang yang sgt penyabar-
tpi kali ni......ia
mele
tus seperti...<===GUNUNG BERAPI!!!!

i*EEn..

hate u very much!!

tpi......

aku kene simpan jer amarah ni....(sabar2)

tak boleh marah2...kene ape??
kene snyum lah...SENYUM!!!

aku nk tgk boleh berapa lame korang bertahan...(1 hari?1 tahun?100 tahun?)-agak menyampah lah aku dgn proses `kesetiaan` yang awak tunjukan tu i*EEn..-
agak2 la...
bukan aku x kenal sape tu `wanita`...
(tuan hakim...can i kill this `cute girl`???)-(issyyhh...sabarlah!!!)

fuh....meluap2 .......(astaghfirullah...mcm mane boleh lepasi tembok kesabaran ni)

inside heart:
aku jengkel melihatnya.
aku benci melihatnya.
aku marah melihatnya.
aku meluap melihatnya.
aku benci senyuman nye.
aku benci tingkahnnya.
aku benci segala galanya tentang dia..(serangkap puisi untuk sang pemarah)

AKU TAK REDHA AKAN PERBUATANNYA!!(jgn!!redhalah kamu akan perbuatannya,,lantas kamu beroleh kebahagiaan selama-lamanya)amin

nOTE : Bila nafsu amarah menguasai diri, akal fikiran tak lagi berfungsi. ... (bagaimana kerdil and lemah nya manusia - bila datang ujian dan bisikan)
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman sabarlah kamu sekalian dan teguhkanlah kesabaranmu itu.” (QS. Ali Imran:200)

“Mohon pertolonganlah kamu sekalian dengan sabar dan mengerjakan shalat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (QS. Al Baqarah:153)


Thursday, April 7, 2011 0 comments

dReAm........


mimpi dan tafsirannya ;;;

adalah satu keadaan sedar ketika bermimpi yang menghasilkan pengalaman yang lebih jelas ("waras") dan yang biasanya membolehkan seseorang mengawal kandungan mimpinya secara langsung

Mimpi dalam bahasa Arab mempunyai tiga istilah. Antara satu sama lainnya mempunyai makna dan pemakaian tersendiri. Karena itu ketiga istilah ini sekaligus menunjukkan jenis-jenis pembagian mimpi. Masing-masing istilah tersebut adalah:


1. Ru’ya; mempunyai makna yang umum untuk semua mimpi, namun biasanya kata ru’ya ini dipakai untuk mimpi-mimpi baik atau mimpi simbolik yang mengandung makna.
2. Hulum atau ahlam, biasanya dipakai untuk mimpi-mimpi buruk yang bersumber dari syetan.
3. Hadits an-nafsi, yaitu mimpi yang disebabkan oleh kondisi psikologis seseorang atau akibat kesan-kesan yang ditimbulkan oleh kejadian sehari-hari.

aku selalu bermimpi tentang............

baYI!!!

Bermimpi mengayunkan buaian berisi bayi
kata Orang...Akan berhasil dalam rumah tangga dan usaha

Bermimpi melihat bayi mungil
kata Orang ...Berhasil dalam percintaan atau munculnya hal-hal yang menyenangkan

Bermimpi dikerjar-kejar smbil bawa bayi
kata Orang ...harus kuat dalam dalam memegang tanggungjawab,dan tanggungjawab ini memerlukan sebuah perjalanan dan juga perjuangan yang berat.

LauTan!!!

Bermimpi tenggelam
Kta Orang...merupakan pertanda buruk atau akan ada peristiwa buruk. Kita berada dalam tekanan dan harus berusaha keluar dari situasi ini.

Bermimpi melihat gelombang air.
Kata Orang...Melambangkan fluktuasi atau naik turunnya tinggkat emosi kita.

Bermimpi melihat lautan
Kata Orang ...akan keluar negeri atau keluar kota guna mencari pengetahuan yang luas

lautan+bayi....sgt2 menghntui lena aku,,,,isk2,,,adab tido dah buat tetap...sama...
ape2 pun......
=)

"Mimpi baik itu dari Allah, sedangkan mimpi buruk itu dari syaitan. Maka siapa yng bermimpi dan tidak menyukainya hendaklah dia meniup ke arah kiri sebanyak tiga kali, berlindung kepada Allah dari (gangguan syetan) niscaya itu tidak membahayakannya, dan jangan memberitahukannya kepada siapa pun" (HR. Bukhari dan Muslim).

Ibnu Sirin, seorang ulama pakar tafsir mimpi di masa tabi'in berkata: "Siapa yang bermimpi buruk maka janganlah dia menceritakannya kepada orang lain dan hendaklah dia bangkit untuk shalat."

Dan disebutkan dalam riwayat Muslim agar orang yang bermimpi buruk mengubah posisi tidurnya.

Wallahu a'lam.

 
;