Wednesday, November 30, 2011 0 comments
Rasa diri dipinggirkan? Rasa diri mempunyai banyak kelemahan? rasa diri tiada orang yang menyayangi?


(Inferiority Complex)



Mungkin anda mengalami masalah rendah diri biasa ataupun rendah diri yang melampau.
  • Rasa rendah diri ini biasa dialami oleh setiap manusia cuma jika ia berlarutan dan menjejaskan diri serta melampau boleh membuatkan diri bermasalah. Ada kes sehingga individu boleh kehilangan identiti sebenar oleh kerana penafian dan kepercayaan tersendiri.
Ia berpunca daripada sistem kepercayaan seseorang tentang apa yang ditafsirkan oleh diri. Tafsiran ini di buat melalui apa yang dialami dan kesimpulan sendiri yang lari dari rasional. Keadaan tafsiran luar rasional ini membuatkan pemahaman yang salah tentang situasi yang dialami pada diri hingga mampu mengubah perlakuan seseorang.
  • Kadangkala kita akan merasakan diri dibenci oleh kerana merasakan diri kita tidak cukup baik dan merasakan diri banyak kelemahan. Ada juga kita merasakan diri tidak boleh melakukan sesuatu perkara kerana kepercayaan kita mengatakan kita tidak mampu lakukan.

Sewajarnya bagi mengelakkan diri dari terus menghadapi masalah ini adalah lebih baik kita banyak mengenalpasti dan meneroka diri sendiri terutama semasa berlaku kecerlaruan dalam fikiran serta sekaligus meletakkan (Inferiority Complex) di tempat yang betul .Sebagaimana frman Allah s.w.t ;

Dan janganlah engkau membuang muka penuh kesombongan terhadap orang lain dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sebab Allah tidak senang terhadap semua orang yang sombong lagi angkuh. Luqman:18

Rendah diri yang disyariatkan adalah :

Seorang manusia itu menerima dengan rela bahwasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu, sedangkan dia sebagai manusia hanyalah seorang hamba yang diberkahi dengan banyak kenikmatan. Orang yang mendapat hidayah melihat kekuasaan Allah dalam segala hal dan menyadari kelemahan dirinya sebagai manusia yang merasa lapar, mudah mendapat sakit dan menderita rasa sakit.

Dia tidak dapat mencegah dirinya dari bertambah tua.

Dia tidak menciptakan dirinya sendiri dan juga tidak dapat menghindari mati. Dengan tubuh yang cenderung kepada kelemahan, dia ditakdirkan hidup untuk periode waktu tertentu hingga pada akhirnya dia mati dan kembali kepada Penciptanya.

Tidak ada satu alasanpun yang layak baginya untuk menyombongkan diri.




Tuesday, November 29, 2011 0 comments

KENALI WANITA MELALUI 4 UNSUR

WANITA BERSIFAT TANAH

Taurus (21 April-20 Mei) Virgo (24 Ogos-23 September)

Capricon (22 Disember-20 Januari)

-Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
-Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendaK dalaman dari segi emosi dan material.
-Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah

berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.

-Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam

dan tenang.
-Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam

perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
-Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan

berwibawa.

WANITA BERSIFAT API

Aries (21 Mac-20 April) Leo (24Julai-23 Ogos)

Sagittarius (23 November-21 Disember)

-Dilahirkan sebagai pemimpin
-Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
-Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
-Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan
sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
-Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
-Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup

luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
-Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA BERSIFAT ANGIN

Gemini (22 Mei-21 Jun) Libra (24 September-23 Oktober)

Aquarius (21 Januari-19 Februari)

-Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
-Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
-Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap

diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh- sungguh.
-Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan

perselisihan atau konflik.
-Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
-Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
-Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA BERSIFAT AIR

Cancer (22Jun-23 Julai) Scorpio (24 Oktober-22 November)

Pisces (20 Februari-20 Mac)

-Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
-Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif,

sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
-Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air

mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
-Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.


Tuesday, November 15, 2011 0 comments

KATA ORANG'KATA2 TU IBARAT PEDANG YANG TAJAM MENIKAM` ...tak dapat dinafikan kerana `TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR,TERLAJAK KATA??....`=)
semua manusia punya rasa,perasaan,amarah dan bermcm mcm lagi emosi...jika tak dikawal dengan KESABARAN lantas `KATA-KATA` menjadi PENGGANTI ..lalu,,GOSIP=>FITNAH=>KEBENCIAN ++++..menjadi jadi.....lalu dimanakah KESABARAN+KETABAHAN+KEREDHAAN+KEMAAFAN dalam menghadapi situasi sebegini

"ALANGKAH INDAHNYA,JIKA DIKURNIAKAN KESABARAN SEBAGAIMANA INSAN MULIA SEPERTI BAGINDA MUHAMMAD S.A.W"

Al-Quran juga mengingatkan kita bahawa setiap ucapan yang diucapkan seseorang tidak akan terlepas daripada catatan malaikat-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud:Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya

melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. (Surah Qaf,

ayat 18)

Melalui lidah.. kata kata diucapkan ,,nmun begitu bercakap perkara yang tidak berfaedah, tidak baik, mengucapkan

kata keji, mencaci, mencarut, menghina, membuka rahsia orang, mengumpat dan perbuatan negatif lain yang

tidak sepatutnya adalah dilarang sama sekali menurut syariat addin yang suci yakni ISLAM

BERDASARKAN FIRMAN ALLAH S.W.T YANG BERMAKSUD;

Dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka

memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya dan bertakwalah

kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (Surah al-Hujurat, ayat 12)


SETERUSNYA..

Sesungguhnya perbuatan menyebarkan fitnah dan berita palsu ini merupakan suatu sifat yang terkeji lagi terkutuk. Perbuatan ini merupakan punca berlakunya perselisihan pendapat, pertelingkahan, terputusnya hubungan silaturrahim, malahan boleh membawa kepada pembunuhan. Sedangkan orang mukmin ini keseluruhannya disifatkan oleh Allah sebagai bersaudara. Allah s.w.t. berfirman: ((Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara)). (Al-Hujurat: 10)

Tetapi fenomena yang berlaku hari ini, seolah-olah menghalalkan sikap berdusta dan menabur fitnah ini. Sama ada ia dilakukan oleh individu tertentu demi kepentingan peribadi atau oleh kumpulan-kumpulan tertentu demi meraih sokongan dan mendapat kemenangan. Maka disebarkanlah berita-berita palsu dan fitnah-fitnah yang memburukkan pihak lain. Harapannya supaya kepercayaan terhadap pihak tersebut akan terhakis.

Selain itu, sikap menabur fitnah dan menyebarkan berita palsu ini merupakan sikap yang boleh menyakiti hati sesama Muslim dan menyebabkan hubungan ukhuwah Islamiyah akan menjadi retak. Sebab itulah Islam amat melarang perbuatan menyakiti hati seorang Muslim yang lain dan menjanjikan balasan dosa terhadap mereka yang melakukan sedemikian.

Firman Allah s.w.t.(bermaksud):

((Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata)).(Al-Ahzab: 58)

.........................................................................................................

Tuntasnya,,marilah sama2 kita ambil pengajaran untuk memperbaiki diri dan memperoleh faedahnya akhirat kelak.AMIN.

 
;