Tuesday, May 31, 2011 1 comments

seuntai kata..



Setiap yang terjadi adahikmahnya....mgkin,,,

...........dia mahu awak tahu,,yang bintang bintang di langit yang awak sama sama perhatikan dengan dia sudah dia tinggalkan untuk awak,,bagi menemani awak sehingga akhir malam awak .Begitu juga bulan yang awak berdua pandang sambil tersenyum .Mugkin juga pelangi .Semuanya dia tinggalkan bagi menemani awak .Tetapi yang paling utama ,dia sudah meninggalkan hati dia pada awak .Hati yang sentiasa berpesan ,supaya awak sentiasa tabah atas segala ujian yang mendatang ..................
jadi ............
" perlu di ingat...hidup kita ini ada banyk warna ,meskipun ia tidak seindah pelangi,tetapi kita semua tetap pernah impikan keindahan pelangi .Jadi terus nyalakan impian dalam hati .Pelangi ,warnanya bukan hanya hitam dan putih ,begitu juga kehidupan .Terimalah sesuatu itu seperti melihat pelangi,,kerana saya yakin ,tidak semua warna pelangi itu di sukai tetapi ia tetap indah .....~"
0 comments

Perbualan ( A : B)



A : Kau tahu mengapa kita perlu sembahyang??

B : Sebab kita orang islam ,sebab itukita perlu .malah wajib sembahyang ...

A : tetapi sekiranya orang yang bertanya itu bukan islam dan kau jawab begitu,mereka boleh
faham?Agaknye mereka faham maksud `wajib` ??

B :( hanya berdiam diri)

A : Apabila kita jawab begitu kepada orang bukan islam .mereka cakap,kalau wajib ,mengapa
ramai lagi orang islam yang tidak solat ??Masa tu kau nak jawab apa??

B : (menggeleng-geleng)

A : Kita solat sebab ,pertamanya sememangnya ia memang wajib .Kedua,sebab mahu ambil
kesempatan daripada sifat ALLAH yang maha pengasih dan penyayang...

B : Maksudnya.....???

A : Solat itu sebenarnya adalah tanda kasih sayang ALLAH kepada hambaNYA kerana dalam solat ALLAH memberikan pahala,,ketenangan,,rezki,,keampunan,,kesihatan dan banyk
lagi.Semuanya dihmpunkan menjadi satu.Antaranya lagi ialah,,solat menjadi pendinding
manusia untk melakukan dosa dan kejahatan.

B : (menganggukkan kepala tanda setuju) tp....jika kita bercakap begitu memang mereka(orang
bukan islam ) tidak akan faham...orang islam sendiri pun tidak akan faham ..Perlu ada
penutup dan kesimpulan....

A : kesimpulannya ..solat ini wajib kerana memang naluri semulajadi manusia untuk mencari
kebaikan,Bermakna dengan solat,kita juga memenuhi naluri semulajadi manusia itu.
& orang islam yang tidaksolat adalah rugi kerana mereka tidak memenuhi naluri semuljadi
mereka

B : mengapa kau rasa jawapan kau itu betul???

A :sebab biasanya orang islam sekarang lebih suka menggunakan logik akal daripada
menggunakan dalil dalam Al quran apatah lagi orang bukan islam.Jdi hujah logik juga
diperlukan asalkan ia tepat dan tidak meyimpang daripada ajaran islam itu sendiri.

tiba2,,,,

C : (yang dari tadi memerhati ..mencelah) bagi saya logik itu selari dengan islam sebab Islam itu logik.Apabila ada orang mengatakan ajaran dalam islam itu tidak logikkerana melanggar hukum akal manusia seperti hidup selepas mati ,makan hukum akal manusia yang mereka gariskan itu sebenarnya itu tidak logik .Mana boleh menjadikan sesuatu yang tidak logik
sebagai perbandingan sesuatu yang logik ,Cuma cabaran kta sebgai umat islam adalh membuktikan ajaran islam itu logik dam membuktikan hukum akal manusia terutama golongan athies itu tidak logik

“Pada hari ini, Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku cukupkan ni’mat-Ku kepadamu, dan Aku ridha Islam jadi agamamu..” (QS, Al Maidah 3.)


Monday, May 30, 2011 0 comments

vrOomm!!!...



28 Mei 2011.
pristiwa yang tak dapat aku lupakan....
mungkin ini adalah `first date` aku bersama dengan sahabat karibku dan `SEKUTU` kami...^^

bimbang di salah tafsir kami pergi menjamu selera nun jauh dari `fakulti ` kami...
ditemani dgn topi keledar yang dipinjam ... kata s
alah seorang dari pada `SEKUTU` kami ianya dipinjam darpada salah seorang classmate ...jadi tanpa ragu2 aku meneruskan `agenda` yang terhalang disebabkan ketiadaan helmet....

VrOOoommmm!!! (sahabat karib ku memecut laju ......)
hampir tejatuh aku dibuatnya....mklumlah aku ni agak berisi orangnya...hehe ^^
cahaya mentari yang terik membuatkan kulit kami yang mulus ni terasa pedih...`putri lilin` +_0

setibanya di destinasi ..... SEKUTU kami telahpun tiba
& menanti ketibaan kami....
wajarnya....sebagai insan yang tidak pernah menjejak kan kaki ke mana mana selain library ....aku terasa malu yang teramat termasuklah sahabatkaribku yang pada fikiran ku...sudah terbiasa dengan keadaan yang dialami.....padahal destinasi kami hanyalah di tempat awam+ umum....agenda: hanyalah makan-makan & berkongsi cerita & bergelak tawa..

menu pilihan hanyalah ayam+ kentang + air pepssi....sahabat karibku memilih burger+ ayam+ air pepsi...haa...ditambah dengan aiskrim sebagai pencuci mulut... kenyang sungguh,,,(disbbkan `SEKUTU` ... lapar jadi kenyang...kenyang jadi lapar)..isk3..

bermula dengan ragam sahabat karib ku bersama `sekutu nya`....dan perkongsian cerita berkaitan masalah displin yang dihadapi menjadi tajuk utama perbualan KAMI...

aku tertarik dengan ragam SEKUTU ku yang agak s**** untuk brkongsi cerita.....
baguz lah....sekurang2 nya...sifat pe**** membuatkan diri SEKUTUku berbeza dengan yang lain....nice act... ^^ len kali boleh belanja lagi....yahOo!!!

sememangnya ianya adalah pengalaman paling BEST! untuk aku lalui pada tahun ni....
moga persahabtan kami dipermudahkan...dan terjalin satu hubungan yang erat dan direstui oleh keluarga dan sahabat handai.....

hmm...perjalanan kehidupan semakin mencabar....moga kali ini adalah yang terbaik untuk kami bereempat......aku - ****** & shabat karib - ******.....4 ever..



0 comments

pEMeRgIANnya


tanggal 4 JUN 2011 ,,,,
ayah akan pergi atas urusan dakwahnya...
....nk diikutkan hati aku tak nk ayah pergi....sbb:

1) bukan sekejap - 2 bulan ayah tak ada kat rumah
2) ayah ckp nk mati pada jalan ALLAH
3) ayah ckp kalau ayah dah tak ada...kebumikan ayah dekat tempat dimana ayah hembuskan nafas terakhir
4) pada firasat hati aku....aku tak senang ngan Pemergian ayah....
5) tahun ni....byak kali `berperang psikologi` dgn ayah
6) mak aku perlukan ayah aku
7) hidup jadi kelam kabut dengan ketiadaan ayah
8) aku rasa sedih yang teramat....(selama ni tak pun rasa sedih...dulu ayah tak ada 4 bulan ,,aku
okey jer(mungkin kecil lagi waktu tu,,seigt aku waktu berumur 6 tahun))
9) aku selalu mmpi ngeri (malam tadi...aku mimpi ade ombak besar yang bergulung-gulung
dtg ....ayah suruh aku naik bot ke feri ntah,,,tpi akhirnya....ayah nk mak` x da`....) =(
10) siapa nk tenangkan mak kalau aku n adik beradik kecilkan hati mak....wat mak marah =(

dengan berpandukan firman ALLAH s.w.t...

“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Alloh itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapatkan rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Alloh yang diberikan kepada mereka dan mereka bergembira hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang mereka yang belum menyusul, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati .” (Ali Imran: 169-170)

moga ayah berada dalam rahmatNya...
ameen
 
;