Friday, June 3, 2011

WaNiTa. . . . .


عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن المرأة كالضلع إذا ذهبت تقيمها كسرتها وإن تركتها استمتعت بها وفيها عوج

maksudnya: daripada Abu Hurairah, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: sesungguhnya wanita itu umpama tulang rusuk, jika engkau berusaha membetulkannya (dengan kasar) engkau menyebabkan ia patah, jika engkau membiarkan ia sedemikian, ia akan terus bengkok.

berdasarkan hadis tersebut, kita sedia maklum bahawa, wanita memerlukan bimbingan dalam menjalani kehidupan mereka. ia juga menjelaskan sifat wanita itu dijadikan dalam keadaan banyak kerenah dan gelagatnya. justeru itu, secara umumnya, tindakan wanita banyak dipengaruhi oleh nafsu, berbanding akal. Hal ini kerana, fitrah wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk lelaki, yang membengkok.

lihat kepada petikan lirik lagu:-

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

  1. bukan dari kaki untuk dialasi - ia menunjukkan bahawa wanita bukanlah untuk ditindas dalam kehidupan.
  2. bukan dari kepala untuk dijunjung- ia menunjukkan bahawa, wanita bukanlah untuk dimegah-megah (kecantikan).
  3. tapi dekat dibahu untuk dilindung - ia menunjukkan bahawa, wanita perlu diberi bimbingan dalam kehidupan mereka supaya mereka tidak sesat dalam menjalani arus kehidupan.

SIAPA yang DIPERTANGGUNGJAWABKAN keatas mereka????
inilah antara insan2 yang dipertanggungjawabkan keatas wanita:-
  • bapa
  • suami
  • abang
  • adik lelaki
oleh itu, wanita perlu dibimbing supaya menjadi wanita yg solehah, hal ini kerana sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Sabda Rasulullah s.a.w :-
الدنيا متاع وخير متاع الدنيا المرأة الصالحة

2 comments:

nik lan nik mat said...

ye2..saya yang bertanggungjawab

mardheeya said...

okey2 ^^...

Post a Comment

 
;