Tuesday, November 15, 2011

KATA ORANG'KATA2 TU IBARAT PEDANG YANG TAJAM MENIKAM` ...tak dapat dinafikan kerana `TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR,TERLAJAK KATA??....`=)
semua manusia punya rasa,perasaan,amarah dan bermcm mcm lagi emosi...jika tak dikawal dengan KESABARAN lantas `KATA-KATA` menjadi PENGGANTI ..lalu,,GOSIP=>FITNAH=>KEBENCIAN ++++..menjadi jadi.....lalu dimanakah KESABARAN+KETABAHAN+KEREDHAAN+KEMAAFAN dalam menghadapi situasi sebegini

"ALANGKAH INDAHNYA,JIKA DIKURNIAKAN KESABARAN SEBAGAIMANA INSAN MULIA SEPERTI BAGINDA MUHAMMAD S.A.W"

Al-Quran juga mengingatkan kita bahawa setiap ucapan yang diucapkan seseorang tidak akan terlepas daripada catatan malaikat-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud:Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya

melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. (Surah Qaf,

ayat 18)

Melalui lidah.. kata kata diucapkan ,,nmun begitu bercakap perkara yang tidak berfaedah, tidak baik, mengucapkan

kata keji, mencaci, mencarut, menghina, membuka rahsia orang, mengumpat dan perbuatan negatif lain yang

tidak sepatutnya adalah dilarang sama sekali menurut syariat addin yang suci yakni ISLAM

BERDASARKAN FIRMAN ALLAH S.W.T YANG BERMAKSUD;

Dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka

memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya dan bertakwalah

kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (Surah al-Hujurat, ayat 12)


SETERUSNYA..

Sesungguhnya perbuatan menyebarkan fitnah dan berita palsu ini merupakan suatu sifat yang terkeji lagi terkutuk. Perbuatan ini merupakan punca berlakunya perselisihan pendapat, pertelingkahan, terputusnya hubungan silaturrahim, malahan boleh membawa kepada pembunuhan. Sedangkan orang mukmin ini keseluruhannya disifatkan oleh Allah sebagai bersaudara. Allah s.w.t. berfirman: ((Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara)). (Al-Hujurat: 10)

Tetapi fenomena yang berlaku hari ini, seolah-olah menghalalkan sikap berdusta dan menabur fitnah ini. Sama ada ia dilakukan oleh individu tertentu demi kepentingan peribadi atau oleh kumpulan-kumpulan tertentu demi meraih sokongan dan mendapat kemenangan. Maka disebarkanlah berita-berita palsu dan fitnah-fitnah yang memburukkan pihak lain. Harapannya supaya kepercayaan terhadap pihak tersebut akan terhakis.

Selain itu, sikap menabur fitnah dan menyebarkan berita palsu ini merupakan sikap yang boleh menyakiti hati sesama Muslim dan menyebabkan hubungan ukhuwah Islamiyah akan menjadi retak. Sebab itulah Islam amat melarang perbuatan menyakiti hati seorang Muslim yang lain dan menjanjikan balasan dosa terhadap mereka yang melakukan sedemikian.

Firman Allah s.w.t.(bermaksud):

((Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata)).(Al-Ahzab: 58)

.........................................................................................................

Tuntasnya,,marilah sama2 kita ambil pengajaran untuk memperbaiki diri dan memperoleh faedahnya akhirat kelak.AMIN.

No comments:

Post a Comment

 
;