KENALI WANITA MELALUI 4 UNSUR
WANITA BERSIFAT TANAH Taurus (21 April-20 Mei) Virgo (24 Ogos-23 September) Capricon (22 Disember-20 Januari) -Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal. -Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendaK dalaman dari segi emosi dan material. -Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. -Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. -Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana. -Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa. |
WANITA BERSIFAT API Aries (21 Mac-20 April) Leo (24Julai-23 Ogos) Sagittarius (23 November-21 Disember) -Dilahirkan sebagai pemimpin -Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. -Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu. -Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. -Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. -Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. -Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan. |
WANITA BERSIFAT ANGIN Gemini (22 Mei-21 Jun) Libra (24 September-23 Oktober) Aquarius (21 Januari-19 Februari) -Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. -Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. -Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh- sungguh. -Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. -Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi. -Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. -Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja. |
WANITA BERSIFAT AIR Cancer (22Jun-23 Julai) Scorpio (24 Oktober-22 November) Pisces (20 Februari-20 Mac) -Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. -Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati. -Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. -Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
|
No comments:
Post a Comment