Sunday, April 24, 2011

cOlOuRs ...


Warna Pakaian Kesukaan Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam



Di antara
warna-warna pakaian yang menjadi kegemaran Nabi Shallallahu
Alaihi wa Sallam
ialah
  • putih
  • hijau.

Terdapat juga keterangan bahawa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah memakai pakaian
berwarna
  • hitam
  • merah hati
  • kelabu
  • warna bercampur-campur.

PUTIH

Mengenai warna putih, Ibnu Abbas r.a. diriwayatkan oleh Ibnu Majah
dan Al-Hakim sebagai berkata bahawa Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi
wa Sallam pernah bersabda, maksudnya: "Pakailah pakaian berwarna
putih kepada orang yang masih hidup dan kafanilah dengan kain
berwarna putih kepada orang-orang yang telah mati".

An Nasa'I dan Al Hakim meriwayatkan hadis daripada Samurah r.a. yang
berkata, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,
maksudnya: "Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci
(bersih) dan baik. Gunakanlah ia untuk pembungkus jenazah orang
mati".

Imam Bukhari meriwayatkan hadis daripada Abu Zar Al Ghafari r.a.
katanya, "Pernah aku datang kepada Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam
ketika ia sedang tidur dan ia memakai pakaian berwarna putih".

Hadis lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah juga bahawa Nabi
Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda maksudnya, "Sebaik-baik pakaian
untuk mengunjungi (Tuhan) ke masjid atau menziarahi kubur ialah
berwarna putih".

Ibnu Asakir meriwayatkan hadis daripada Aisyah r.a. kata
Aisyah, "Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai kopiah putih
dan ia tidak pernah tinggal."


  1. HIJAU


Mengenai warna hijau pula, Abu Daud dan At Tirmidzi meriwayatkan
hadis daripada Abu Rimsah (Rifa'ah): "Aku telah melihat Rasulullah
Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai dua baju berwarna hijau".


Imam Bukhari, Abu Daud dan At Tirmidzi meriwayatkan hads dari Al
Baraa bin Azib katanya, "Aku pernah melihat Rasulullah Shallallahu
Alaihi wa Sallam memakai dua helai kain berwarna hijau buatan Yaman".

Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar memetik kenyataan salah seorang
sahabat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam berkata, "Pada hari raya
kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana ia lebih utama dan
dihukumkan sunat. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada lain-
lain warna sesudah putih."



HITAM

Mengenai warna hitam, terdapat keterangan daripada Hadis yang
diriwayatkan oleh Imam At Tirmidzi dari sahabat Jarir bin Abdulllah
r.a. katanya, "Telah masuk Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam ke
negeri Makkah pada hari kemenangan menawan Makkah (Futuh Al Makkiah)
dan aku melihat di atas kepalanya serban berwarna hitam." (Bahrul
mazi juz 12)

Muslim, Abu Daud dan An Nas'I meriwayatkan hadis daripada Amir bin
Hurais ra.a. yang berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah Shallallahu
Alaihi wa Sallam berada (berkhutbah) di atas mimbar dan di atas
kepalanya terdapat serban hitam yang dihulurkan (ekornya) di antara
dua bahunya:.

Ibnu Ady meriwayatkan daripada Jabir r.a. yang berkata: "Aku pernah
melihat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam berserban hitam yang
dipakainya pada hari raya".



MERAH HATI

Imam Ahmad, Abu Daud, At Tirmidzi dan An Nasa'I meriwayatkan dari Abu
Rimsah r.a. yang berkata: "Pernah aku melihat Rasulullah Shallallahu
Alaihi wa Sallam berkhutbah dari atas baghalnya di Mina, sedangkan
beliau berpakaian merah (merah hati) buatan Yaman".



Kata Syeikh Al Marbawi dalam Bahrul Mazi berkata: "Diharuskan
seseorang lelaki itu memakai pakaian berwarna merah pekat sama ada
baju, kain, seluar atau songkok (kopiah) kerana terdapat keterangan
bahwa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah memakainya. Warna
tersebut ialah warna tidak bercorak (plain colour) bukan bercoreng-
coreng atau berbunga-bunga. Adapun warna bercorak-corak atau
bercelorong-celoreng dan berbunga-bungaan adalah dilarang (makruh)".


Abu Daud meriwayatkan hadis dari Hilal bin Amir r.a. katanya: "Nabi
Shallallahu Alaihi wa Sallam itu bertubuh sedang dan saya pernah
melihat baginda berpakaian hullah merah". (Hullah ialah yang kain
bercorak).


Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a., katanya: "Pernah
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berpakaian yang bercorak
merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat".



Dari Mahmud bin Ghailan dari Abdul Razaq dari Sufian As Sauri dari
`Aun Ibnu Abi Juhairah dari bapanya, cerita bapanya: "Aku melihat
Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai pakaian berwarna merah
(merah hati), warnanya memancar bagaikan cahaya dari celah kedua
betisnya (kerana indah dan berseri)"
(Hadis riwayat Bukhari dalam
sohehnya).


Dari Ali bin Khasyram dari Isa bin Yunus dari Isril dari Abi Isyaq
dari Al Bara bin Azib r.a. menceritakan, "Tiada seorang pun yang
pernah aku melihat memakai pakaian berwarna merah yang lebih indah
dan serasi warnanya daripada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.

(Hadis riwayat At Tirmidzi dalam bab Al Libas dan Al Adabl; Soheh
Bukhari bab Al Libas; Soheh Muslim; Sunan Abu Daud; Sunan An Nasai
dan Sunan Abu Majah)


KELABU

At Tirmidzi meriwayatkan hadis daripada Ibnu Abbas r.a. yang
berkata: "Pernah (tidak selalu) Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam
berkhutbah di hadapan ramai sedang baginda memakai serban kelabu".

Al Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. "Pernah Nabi Shallallahu
Alaihi wa Sallam keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang
berwarna kelabu".



BERCAMPUR-CAMPUR

Imam Bukhari meriwayatkan hadis daripada Anas r.a.: "Nabi Shallallahu
Alaihi wa Sallam menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-
corak warnanya".


Dari Muhammad Basyar dari Abdul Rahman bin Mahdi dari Ubaidulllah bin
Iyad dari bapanya yang bersumberkan dari Abi Ramsah r.a., "Aku
melihat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai dua helai kain
berwarna hijau bergaris-garis:
(Rujuk Sunan Abu Daud; Sunan At
Tirmidzi; Sunan An Nasaie).



WARNA YANG DILARANG


Selain warna-warna pakaian yang sunat atau harus dipakai, terdapat
warna yang makruh, ini berdasarkan keterangan hadis seperti dikemukan
di bawah ini.

MERAH MENYALA

Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Abdulllah bin Umar r.a.
katanya: "Suatu ketika apabila Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam
melihat di atas badanku ada dua baju berbunga-bunga (bunga ghafar
merah) lalu bersabda maksudnya, "Ini warna pakaian orang bukan Islam,
jangan kamu memakainya."



  • Warna merah bunga ghafar ialah warna merah menyala (terang).

KUNING

Diriwayatkan daripada Sayidina Ali katanya "Nabi Shallallahu Alaihi
wa Sallam telah melarang aku memakai sutera yang diimport dari Syam
(Syria) dan Mesir yang bernama al qassi dan melarang aku memakai kain
yang bercelup warna kuning" (Riwayat At Tirmidzi).

Imam An Nawawi dalam Syarah Muslim, berkata: "Bersalah-salahan
pendapat (khilaf) para ulama tentang masaalah warna celupan kuning.
Jumhur ulamaa daripada Sahabat dan Tabi'in dan yang kemudian daripada
mereka, termasuk imam-imam mazhab (Syafi'ie, Hambali dan Maliki)
berpendapat harus memakainya. Akan tetapi, kata mereka, selain
daripada kuning adalah lebih afdhal dipakai (celupan kuning tidak
digalakkan)".


Menurut salah satu jemaah ulama bahawa makruh berpakaian celupan
kuning. Makruh itu adalah sebagai makruh tanziah (bertujuan membersih
diri dari kekejian).




No comments:

Post a Comment

 
;